About Us

Ekspedisi Sabah Merdeka Day merupakan satu Program yang ingin menyebarkan Kesedaran mengenai Sejarah Negara Sabah. Dalam erti kata lain, ia adalah berbentuk pendidikan santai yang menyeronokkan dan dianggotai daripada pelbagai sukarelawan NGO Negara Sabah. Namun, Ekspedisi Sabah Merdeka Day juga mempunyai tanggungjawab untuk mendidik Bangsa Negara Sabah tentang keadaan yang berlaku dalam pelbagai sudut isu dan ia merangkumi sudut Sosial, Ekonomi dan Politik.

Program ini tidak hanya memfokuskan kepada Bulan Ogos sempena memperingati Hari Kemerdekaan Negara Sabah pada 31 Ogos 1963 tetapi ia akan berlangsung tanpa mengira masa dan waktu sehinggalah semua Bangsa Negara Sabah terdidik akan FAKTA yang BETUL.

Pelbagai aktiviti yang bakal diadakan oleh Committee Ekspedisi Sabah Merdeka Day kepada rakyat Negara Sabah dan ia pasti akan memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermakna.

Sila berikan sokongan anda yang padu agar Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...