Friday 22 August 2014

Kedaulatan Negara Sabah berada dalam Keadaan Bahaya

Tindakan Malaya yang telah menyingkirkan Negara Singapura pada 9 Ogos 1965 telah memberikan impak yang sangat besar kepada Negara Sabah dan Negara Singpura. Ini kerana tindakan mereka telah menyebabkan keadaan perkongsian kuasa Politik sudah tidak seimbang. 

Malaya telah mengambil kesemua kerusi parlimen Singapura untuk ditambahkan dimalaya. Ini bermaksud, malaya sudah mempunyai kerusi parlimen yang lebih banyak daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak sedangkan pembahagian kerusi dahulu dibuat adalah untuk mengelakkan malaya daripada mendapat 2/3 majority kerusi parlimen. Dengan itu, tidak semudah untuk malaya menggubal undang-undang tanpa persetujuan pemimpin-pemimpin Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura.

Namun, setelah apa yang berlaku, mimpi ngeri suatu ketika dahulu telah menjadi kenyataan yang mana malaya kini sudah tidak memerlukan undi dan sokongan pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak dalam penggubalan undang-undang ketika itu dan ini telah memberi ancaman kepada Kedaulatan Negara Sabah sepertimana yang diperkatakan oleh Tun Fuad Stephens.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...