Mari kita semua merayakan Hari Kebangsaan Negara Sabah!

Negara Sabah atau dahulunya dikenali sebagai North Borneo telah mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 daripada Kerajaan British.

Persekutuan Malaysia dan BUKAN "Negara Malaysia"

Persekutuan Malaysia dibentuk oleh EMPAT BUAH NEGARA yang Merdeka dan Berdaulat!

Sabah Negara Yang Merdeka Selamanya!

31 Ogos 1963 merupakan tarikh Kemerdekaan Negara Sabah! Ia merupakan Hari Kebangsaan yang MESTI dirayakan oleh Bangsa Negara Sabah!

Sabah's History is written Today!

Perlengkapkan diri anda dengan Fakta Sejarah yang Benar! Sabah melakar sejarah pada 31 Ogos 1963 kerana telah mencapai Kemerdekaan daripada British!

The Truth The Federation of Malaysia

Persekutuan Malaysia terdiri daripada Negara Sabah (North Borneo), Negara Sarawak, Negara Singapura dan persekutuan tanah melayu (malaya)

Friday 29 August 2014

Hari Ketiga Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk

Tuaran, 29 Ogos 2014 - Program Ekspedisi Sabah Merdeka Day ini yang sudah memasuki Hari Ketiga telah menemukan kedua-dua Kumpulan Ekspedisi dari Kudat dan Ranau di Restoran Singgah Singarung, Tuaran yang menjadi tempat perhentian rehat sebelum menyambung semula perjalanan ke Padang Merdeka pada 30 Ogos pagi ini.

Sepanjang Program Ekspedisi Sabah Merdeka Day ini berlangsung, sambutan dan sokongan dikalangan rakyat Negara Sabah kian bertambah hangat sama ada didalam mahupun diluar negara seperti di Malaya, Singapura, Brunei, Australia dan juga di London. Sentimen dan kehangatan untuk merayakan Hari Kebangsaan Negara Sabah juga dapat dilihat melalui komen dan gambar yang telah diposkan didalam sebuah Page Facebook milik Media EksMerd yang diwujudkan khasnya untuk Program ini.

Sentimen dan serta kegembiraan ini juga dikongsikan oleh rakyat Negara Sarawak. Dalam beberapa komen yang telah diposkan didalam Page Facebook Ekspedisi Sabah Merdeka Day oleh rakyat Negara Sarawak, mereka telah mengatakan bahawa kami amat kagum dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh rakyat Negara Sabah dan seorang rakyat daripada Negara Sabah telah membalas komennya dengan mengatakan  sesungguhnya semangat ini sebenarnya telah diperolehi daripada Sarawak melalui Program Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 2014 di Kuching dan Miri.

Selepas dua buah kumpulan Ekspedisi Sabah Merdeka Day ini daripada Kudat dan Ranau telah sampai di tempat Perhentian Rehat di Tuaran, pihak Media EksMerd telah menghubungi mereka. Berdasarkan kepada perkongsian cerita daripada kumpulan Kudat, En.Tony Minggir yang merupakan ketua kumpulan mengatakan bahawa kumpulan mereka telah dilepaskan oleh Datuk Ismail Gimbad pada jam 8 pagi. Beliau menyampaikan pesan kepada mereka bahawa beliau amat menaruh harapan yang tinggi kepada generasi sekarang untuk menyelamatkan Kerajaan Negara Sabah daripada pengaruh politik luar agar masa depan generasi-generasi muda akan lebih terjamin dan cerah. Mesej beliau ini disampaikan dalam keadaan yang sayu kerana beliau berharap sangat untuk melihat kejayaan tersebut termakbul sebelum beliau menghembus nafasnya yang terakhir. Umur beliau kini sudah mencecah 75 tahun, katanya.

Apabila ditanya tentang suasana dan keadaan disepanjang perjalanan mereka dariapda Kota Belud sehingga ke Tuaran, En.Tony Minggir mengatakan bahawa keadaan dan suasana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ini kerana menurut beliau, kereta yang lalu lalang tidak pernah berhenti-henti untuk membunyikan "hon" kereta sebagai tanda sokongan sambil menjerit memberikan kata-kata motivasi.

Selain itu, mereka juga telah diberikan sumbangan berbentuk kewangan oleh sebuah kereta sebanyak RM50 untuk digunakan sebagai perbelanjaan makanan. Beliau juga mengatakan bahawa ada sebuah kereta lagi yang telah berhenti memberikan bekalan makanan "Tapau" khas untuk kumpulan mereka. Perkara-perkara  yang telah berlaku sepanjang perjalanan mereka ini telah membuatkan hati dan perasaan mereka sangat terharu kerana sokongan rakyat Negara Sabah dapat dilihat dan dirasai sendiri melalui sumbangan ikhlas ini, katanya.

Untuk kumpulan Ekspedisi Sabah Merdeka Day Ranau ataupun Sumondot Merdeka Ranau, ketua kumpulannya iaitu En.Jalibin Paidi mengatakan bahawa kumpulan mereka terpaksa bertolak awal daripada Kg.Bongol setelah mengambil kira masa perjalanan yang diperlukan untuk sampai ke Berungis, Tuaran. Ketua Kg.Bongol, katanya ingin melepaskan mereka pada jam 9.30 pagi tetapi tidak dapat ditunaikan atas faktor masa. Kumpulan mereka amat berterima kasih atas sambutan dan layanan yang diberikan oleh penduduk kampung Bongol yang mesra dan teruja dengan semangat mereka.

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi seterusnya, beliau mengatakan bahawa keadaan semakin bertambah meriah. Ini kerana orang-orang kampung yang berumah di tepian jalan telah keluar daripada rumah semata-mata untuk melambai dan memberikan sokongan moral kepada mereka. Bunyi "hon" kereta yang panjang berkali-kali setiap kereta yang lalu dan jeritan "Sabah Negara Merdeka" membuatkan mereka tersenyum.

Tambahannya lagi, terdapat empat buah kereta telah berhenti dalam masa yang berlainan untuk memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM50 dan RM100 sebagai kegunaan perbelanjaan makanan. Beliau berasa  sangat terharu dengan sikap dan sokongan yang ditunjukkan sesungguhnya inilah keistimewaan yang dimiliki oleh orang kita, orang Sabah, katanya.

Apabila ditanya apakah perkara yang menarik sepanjang perjalanan untuk hari ketiga ini, beliau mengatakan bahawa perkara yang menarik ialah semasa mereka melalui Jambatan Gantung di Tamparuli yang mana mereka telah menyanyikan lagu "Jambatan Tamparuli" beramai-ramai dan berteriak dengan laungan "Merdeka". Sesungguhnya satu pengalaman yang sangat-sangat melucukan, katanya sambil ketawa.

Dalam perbualan pihak Media EksMerd bersama dengan En.Jalibin Paidi juga, beliau mengatakan bahawa program esok iaitu 30 Ogos ini, bakal menyaksikan YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan dan Datuk H.Kelakau Unto akan bersama-sama dengan mereka berjalan kaki menuju ke Padang Merdeka. Ekspedisi Sabah  Merdeka Day tersebut akan dilepaskan oleh YB. Panglima Wilfred Bumburing.

Laporan Berita disediakan oleh Media EksMerd

Thursday 28 August 2014

10 Sebab Mengapa Borneo Bangkit


1. Kesedaran tentang pentingnya Perjanjian Malaysia sebagai satu institusi yang boleh menjaga maruah dan kebajikan tanah sabah sarawak.

2. Rakyat borneo sudah faham dan mengetahui sejarah lampau pembentukan malaysia terpalit beberapa perkara yang boleh menimbulkan keraguan.

3. Orang sabah sarawak mula rasa terjajah dan tertipu sebab malaya terus terusan meminggirkan sabah sarawak dari arus pembangunan yang seimbang.

4. Sabah sarawak mahu memerintah tanah sendiri sekiranya itu lagi afdal dan baik bagi kehidupan penduduk sabah sarawak dan itu boleh berlaku selaras dengan perkara 7 dalam perjanjian malaysia (Hak menarik diri).

5. Sebab pemimpin sabah sarawak semakin ramai yang terjerat dengan ideologi parti dari malaya yang boleh menggadaikan kedaulatan tanah sabah sarawak di masa hadapan.

6. Orang borneo mahu menentang ideologi perkauman dan keagamaan melampau yang dibawa masuk ke tanah borneo oleh Perkasa dan organisasi yang sewaktu dengannya.

7. Penduduk borneo merasakan malaya telah banyak melanggar perjanjian pembentukan malaysia dan tidak pernah mahu menjelaskannya biarpun diusulkan di parlimen malaysia.

8. Sabah sarawak faham bahawa tanah bertuah mereka sebenarnya berstatus sebuah negara dan bukan setaraf dengan negeri di malaya.

9. Penduduk borneo semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan kerajaan tidak pernah ikhlas untuk membantu mengurangkan beban mereka.

10. Orang islam malaya (bukan semua) selama ini terang terangan menolak anutan masyarakat kristian, dimana sabah sarawak mempunyai penganut agama kristian terbesar di malaysia.

Source: http://uvsb.blogspot.com/2013/11/10-sebab-mengapa-borneo-bangkit.html

SEJARAH ADALAH SARJANA AGUNG DALAM KEHIDUPAN


1. Selayang pandang tentang pembentukan Malaysia, yang dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis yang disediakan oleh Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di Singapura, yang mana telah menjadi kenyataan, tatkala pemimpin utama negara-negara yang terlibat bersetuju untuk menandatangani perjanjian ‘Perjanjian Malaysia 1963’ yang mendasari pembentukan Malaysia pada 9 Julai 1963.

2. Sedia maklum bahawa negara Malaysia menggabungkan empat buah negara yang saling terpisah dan berjauhan. Namun, dalam konteks selepas penubuhan Malaysia telah menjadi sebuah negara baru yang dilindungi oleh ‘20 Perkara’ sebagai pagar emas pembentukan Malaysia.

3. Sesungguhnya negara Malaysia, laksana tiga buah rumah di dalam sebuah kampung. Walaupun berjiran dan duduk berdekatan, namun keluarga masing-masing tidak boleh mengambil harta milik jiran sesuka hati tanpa mengambil kira adat dan adab berjiran, apatah lagi menyamun atau merompak harta jiran yang kaya dan mewah pada mulanya, sehingga menjadi yang termiskin seantero dunia pada akhirnya.


4. Malangnya, dalam konteks pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara Malaysia, betapa Malaya yang merupakan hanya sebagai salah satu antara tiga buah rumah dalam perkampungan Malaysia, yang ditubuhkan pada 16 September 1963, yang didominasi pimpinannya oleh Melayu UMNO, bukan sahaja sepenuhnya gagal untuk menjadi jiran yang baik, bahkan haprak sepenuhnya, setelah sekian tahun merempuh kuasa autonomi negara Sabah dan Sarawak, di samping memunggah kekayaan wilayah Borneo ke Malaya tanpa mengadabi ‘20 Perkara - Aku Janji’ yang telah disepakati, dipersetujui dan ditandatangani bersama pada 9 Julai 1963 di parlimen British.

5. Pada umumnya, minda warga Malaysia disogok dengan propaganda sejarah yang kononnya (Malaysia Merdeka) pada 31 Ogos 1957. Kalau begitu, apakah nama negara yang dimasyhurkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957? Kalau begitu, apakah nama negara yang dimasyhurkan penggabungannya pada 16 September 1963?

6. Apapun jawapannya, yang pasti waktu adalah saksi abadi sejarah. Apapun jawapannya, waktu bukan ‘Kambing Hitam-Enam Jahanam’ yang ada tawar menawar dengan wang ringgit untuk meminda atau mengubah tarikh meliwat atau diliwat. Apapun jawapannya, waktu yang agung tidak pernah berbohong atau mungkir janji, kerana waktu adalah perakam yang setia segala peristiwa dan peradaban manusia sepanjang zaman.

7. Sesungguhnya pembentukan Malaysia oleh empat buah negara yang bergabung telah melibatkan beberapa perjanjian. Perjanjian tersebut bertujuan untuk menyerahkan kuasa British (de legist) dalam bentuk pemerintahan sendiri (autonomi) kepada negara-negara yang terlibat sebagai syarat penggabungan menjadi atau membentuk sebuah negara merdeka yang bersekutu.

8. Sedia maklum bahawa, walaupun Malaya telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, tetapi tarikh sebenar ditandatangani perjanjian pembentukannya oleh Raja-Raja Melayu dengan Ratu England ialah pada 5 Ogos 1957. Dengan ungkapan lain, tarikh pengisytiharan kemerdekaannya didahului oleh tarikh perjanjian pembentukannya.

9. Singapura pula telah diberi kuasa autonomi oleh British melalui perjanjian perlembagaan (The Constitutional Agreement) yang ditandatangani di London. Oleh yang demikian, pada 3 Jun 1959 Undang-Undang Negara (State Constitution) bagi Singapura telah dimasyhurkan oleh Gabenor Sir William Goode, sekaligus menjadi Ketua Negara Singapura yang pertama. Manakala Lee Kuan Yew dilantik menjadi Perdana Menteri Singapura yang pertama.


10. Dalam konteks pembentukan Malaysia yang ditandatangani oleh semua negara yang terlibat pada 9 Julai 1963. Selepas pembentukan Malaysia ditandatangani atau sebelum tarikh 16 September 1963, negara Sarawak telah memasyhurkan kuasa autonominya atau kuasa pemerintahan sendirinya pada 22 Julai 1963. Kemudian, disusuli oleh Negara North Borneo (Sabah) yang telah memasyhurkan kuasa autonominya atau kuasa pemerintahan sendirinya pada 31 Ogos 1963.

11. Selepas 16 September 1963 atau sesudah pembentukan Malaysia berkuatkuasa, maka seluruh sistem pentadbiran negara-negara yang terlibat hampir berubah sepenunya. Contohnya, sistem ketua pemerintahan bagi Singapura yang sebelumnya disebut atau dipanggil Perdana Menteri telah diturunkan statusnya hanya kepada Ketua Menteri. Demikian juga halnya dalam soal sistem kehakiman, Mahkamah Agung Singapura telah ditukar statusnya hanya kepada Mahkamah Tinggi Singapura.

12. Lantarannya, dalam tempoh dua tahun sejak penggabungan Malaysia, atas sebab-sebab tertentu sama ada yang berhubung dengan krisis politik, krisis kaum sehingga ke krisis peribadi pemimpin tertentu, semuanya telah menjadi pemangkin kepada proses pemisahan Singapura dari gabungan Malaysia yang akhirnya, Perjanjian Kemerdekaan Singapura (The Independence of Singapore Agreement) telah dimasyhurkan pada 9 Ogos 1965 yang dengan bangganya.

13. Singapura akan selamanya merupakan negara demokrasi yang berdaulat dan merdeka yang didirikan berdasarkan prinsip-prinsip kemerdekaan, keadilan dan berusaha mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan bagi warganegaranya dalam masyarakat yang lebih adil dan setara.

14. Justeru, Singapura telah sekian lama meninggalkan Sabah dan Sarawak putih mata serta gigit jari untuk menjadi wilayah yang sekalipun kaya dan mewah pada mulanya, namun yang termiskin dalam gagasan Malaysia pada akhirnya, gara-gara merengkok di bawah pimpinan penyangak Melayu UMNO gamaknya.

STATUS SABAH DALAM PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Tajuk : Perjanjian berkenaan dengan penubuhan Malaysia

Pengarang :

Kerajaan United Kingdom;
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu;
Kerajaan Borneo Utara;
Kerajaan Sarawak; dan
Kerajaan Singapura.

Editor : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Tahun : 1963

Penerbit : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Alamat : New York

PERJANJIAN BERKENAAN DENGAN PENUBUHAN MALAYSIA (VERSI MELAYU)

No. 10760 United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan Malaysia antara United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

1. Kerajaan United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland;
2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu;
3. Kerajaan Borneo Utara;
4. Kerajaan Sarawak; dan
5. Kerajaan Singapura.

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan Malaysia 1963

United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura;

Oleh kerana hendak membuat suatu perjanjian berkenaan dengan Malaysia;

Bersetuju saperti di•bawah ini:

Perkara I

Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan « Malaysia ».

Perkara II

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran A kapada Perjanjian ini, dan behawa Undang2 itu di-jalankan kuat kuasa-nya pada 31 haribulan Ogos, 1963 (dan tarikh Undang2 tersebut di-jalankan kuat kuasa-nya itu sa-lepas ini di-gelar « Hari Malaysia »).

Perkara III

Kerajaan United Kingdom akan menyembahkan ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen sa-belum Hari Malaysia Perentah2 dalam Majlis Meshuarat bagi maksud menguat kuasakan Undang2 Tuboh Kerajaan Negeri2 Sabah, Sarawak dan Singapura sa-bagai Negeri2 di-dalam Malaysia saperti yang di-tetapkan dalam Kembaran2 B, C dan D kapada Perjanjian ini.

Perkara IV

Kerajaan United Kingdom akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen United Kingdom akan meluluskan suatu Undang2 supaya mulai daripada Hari Malaysia kedaulatan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen berthabit Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura di-mansohkan, dan kedaulatan serta apa2 kuasa tersebut hendak-lah di-serahkan mengikut Perjanjian ini dan surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini.

Perkara V

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya supaya menentukan sa-belum Hari Malaysia bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran E kapada Perjanjian ini bagi maksud meluas dan menyesuaikan Undang2 Imigeresen Tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu, ka-Malaysia dan menambah isi2 kandongan berkenaan dengan masok ka-Negeri2 Sabah dan Sarawak; dan isi2 kandongan yang lain dalam Perjanjian ini hendak-lah bergantong kapada Undang2 tersebut itu diluluskan.

Perkara VI

Perjanjian berkenaan dengan Pertahanan Luar Negeri dan Bantuan Bersama antara Kerajaan United Kingdom dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertarikh 12 haribulan Oktober, 1957, dan kembaran2-nya hendak-lah berkuat kuasa di-semua wilayah Malaysia, dan apa2 sebutan dalam Perjanjian itu kapada Persekutuan Tanah Melayu hendak-lah disifatkan sa-bagai sebutan kapada Malaysia, terta'alok kapada sharat behawa Kerajaan Malaysia akan memberi kapada Kerajaan United Kingdom hak menggunakan lagi pengkalan2 dan Iain2 kemudahan yang pada masa ini di-gunakan oleh pehak2 berkuasa Tentera-nya dalam Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pengkalan2 dan kemudahan2 itu sa-bagaimana yang di-fikirkan mustahak oleh Kerajaan itu bagi maksud membantu dalam usaha mempertahankan Malaysia dan bagi pertahanan Commonwealth dan bagi memelihara keamanan di-Asia Tenggara. Perlaksanaan Perjanjian tersebut hendak-lah terta'alok kapada isi2 kandongan Kembaran F kapada Perjanjian ini (terutama-nya berkenaan dengan tanah2 tentera di-Singapura).

Perkara VII

(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen boleh sa-belum Hari Malaysia membuat Perentah2 Dalam Majlis Meshuarat mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran G kapada Perjanjian ini bagi maksud membuat peratoran bayaran2 sagu hati dan faedah2 masa bersara kapada sa-tengah2 pegawai seberang laut yang berkhidmat, sa-belum sahaja Hari Malaysia, dalam perkhidmatan 'awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.

(2) Pada Hari Malaysia atau sa-berapa segera-nya Perjanjian2 Pegawai2 Kerajaan mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran2 H dan I kapada Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani bagi pehak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah meminta persertaan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Negeri Singapura, berkenaan dengan Kerajaan Malaysia menanda tangani Perjanjian itu sa-takat mana sharat2 Perjanjian itu mengenai tanggong-jawab2 atau kepentingan2 Kerajaan Negeri itu.

Perkara VIII

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan membuat Undang2, menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan2, pengakuan2 dan shor2 yang terkandong dalam Bab III dan Kembaran2 A dan B kapada Penyata Jawatan Kuasa Antara Kerajaan yang di-tanda tangani pada 27 haribulan Februari Tahun 1963, sa-takat mana jaminan2, pengakuan2 dan shor2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara IX

Isi2 kandongan Kembaran J kapada Perjanjian ini berthabit pasaran bersama dan peratoran kewangan hendak-lah menjadi Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.

Perkara X

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan membuat Undang2 menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan atoran2 berkenaan dengan siaran radio dan television yang di-tetapkan dalam Kembaran K kapada Perjanjian ini sa-takat mana atoran2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara XI

Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kechuali Kembaran2-nya ada-lah di-dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika ada persalahan faham maka naskhah bahasa Inggeris hendak-lah di-gunakan.

BAGI MENYAKSIKAN Perjanjian ini, yang menanda tangan di-bawah ini dengan mendapat kuasa berbuat demikian, telah menanda tangan Perjanjian ini.

DI-PERBUAT di-London pada sembilan haribulan July, tahun 1963 sabanyak lima naskhah, satu naskhah daripada-nya hendak-lah di-simpan oleh tiap2 Pehak yang membuat Perjanjian ini.

Bagi pihak United Kingdom:
[HAROLD MACMILLAN]
[DUNCAN SANDYS]
[LANSDOWNE]

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu:
[T. A. RAHMAN]
[ABDUL RAZAK]
[TAN SIEW SIN]
[V. T. SAMBANTHAN]
[ONG YOHE LIN]
[S. A. LIM]

Bagi pihak Borneo Utara:
[DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN]
[D. A. STEPHENS]
[W. K. H. JONES]
[KHOO SIAK CHIEW]
[W. S. HOLLEY]
[G. S. SUNDANG]

Bagi pihak Sarawak:
[P. E. H. PIKE]
[T. JUGAH]
[ABANG HAJI MUSTAPHA]
LING BENG SIEW
[ABANG HAJI OPENG]

Bagi pihak Singapura:
[LEE KUAN YEW]
[GOH KENG SWEE].




Salleh PROKSI malaya yang melaksanakan agenda malaya di Negara Sabah melalui parti umno-bn


Sebagai anak muda Sabah saya berasa terpanggil untuk memberikan sedikit respon mengenai kecaman dan amukan beberapa pemimpin UMNO Sabah berkaitan kenyataan YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengenai 16 September iaitu Hari Malaysia.

Menurut terjemahan Bahasa Melayu daripada artikel Dr Jeffrey dalam Bahasa Inggeris, Occupation Day dimaksudkan sebagai Hari Penjajahan. Saya yakin dan percaya bahawa maksud daripada istilah Occupation tidak membawa maksud secara langsung sebagai penjajahan. Ia lebih merujuk kepada makna pengambialihan.

Walau bagaimanapun, terjemahan media berbahasa Melayu menyebutkan secara jelas sebagai Hari Penjajahan yang menyebabkan Datuk Salleh Said melenting sehingga mengeluarkan perkataan biadap yang pada saya sangat keterlaluan untuk diucapkan oleh seorang pemimpin lama seperti beliau. Seorang pemimpin haruslah sentiasa tenang dan berhemah dalam mengeluarkan ucapan.

Saya memberi respon kali ini bukan kerana saya ahli STAR pimpinan Dr Jeffrey. Namun saya ingin menyatakan pandangan sebagai anak jati Sabah. Beberapa tahun sebelum ini, 16 September hanya disambut sebagai Harijadi TYT. Bahkan pada zaman penggiliran Ketua Menteri yang sepatutnya tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak selari dengan konsep demokrasi, malah di luar batas Perlembagaan Malaysia mahupun Perlembagaan Sabah. Anehnya salah satu Ketua Menteri dalam sistem penggiliran ini ialah Datuk Salleh Said sendiri. Sedarkah beliau semasa pimpinan beliau, Hari Malaysia tidak pernah diraikan? Jadi saya tidak fikir beliau layak memberi komen berkaitan Hari Malaysia kerana sebagai pemimpin nombor satu Sabah ketika itu, tiada apa yang beliau perjuangkan untuk Sabah.

Saya juga tidak memahami alur pemikiran Datuk Salleh yang mengatakan bahawa 31 Ogos 1957 ialah permulaan Kemerdekaan Malaysia sedangkan pada waktu itu, Malaysia belum pun wujud. Bahkan lebih tepat lagi Malaysia tidak pernah pun merdeka kerana Malaysia tidak pernah dijajah. Hanya Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang akhirnya membentuk Malaysia sahaja yang pernah dijajah dan sudah tentunya pernah merdeka. Agak lucu juga saya membaca kenyataan beliau yang mengambil contoh Amerika Syarikat. Sedangkan keadaannya jauh berbeza. Ketika Hawaii menyertai Amerika Syarikat, nama Amerika Syarikat sebagai sebuah negara merdeka sudah pun wujud dan diterimapakai secara kukuh. Jika Hawaii tidak menyertai Amerika Syarikat, Amerika Syarikat tetap berdiri sebagai sebuah negara. Sedangkan pada 31 Ogos 1957, jelas merupakan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan bukannya Malaysia. Malaysia hanya wujud ketika persetujuan penggabungan. Jika Sabah, Sarawak dan Singapura tidak menandatangani Perjanjian Malaysia sudah pasti nama Malaysia tidak akan pernah wujud di peta dunia sehingga kini.


Saya ingin mengajak Datuk Salleh dan semua pemimpin serta penyokong UMNO yang berada di Sabah. Mari kita renungkan sejenak dan buatlah perbandingan secara ilmiah dan bukannya emosi semata-mata. Jika kita marah apabila disebutkan perkataan penjajahan, cuba kita nilaikan kedudukan Sabah ketika ini apakah dengan bergabung dalam Malaysia kita menjadi semakin baik atau sebaliknya. Sebagai perbandingan pertama, pada tahun 2010, Bank Dunia mengeluarkan senarai 10 negara terkaya dunia yang mana dua daripada negara tersebut adalah negara-negara yang bersama atau hampir bersama-sama membentuk Malaysia iaitu Singapura pada kedudukan ketiga dan Brunei pada kedudukan kelima. Ironinya, pada tahun yang sama Sabah diiktiraf pula oleh badan dunia yang sama sebagai negeri termiskin di Malaysia. Bayangkan betapa miskinnya Sabah kerana Malaysia pun tidak tersenarai langsung sebagai 10 negara terkaya dunia. Bermakna Malaysia antara negara yang tidak kaya atau bahasa mudahnya negara miskin. Lebih menyedihkan dalam negara miskin itu terdapat pula negeri yang lebih miskin iaitu Sabah. Di mana silapnya penggabungan ini? Penggabungan yang sepatutnya memberi harapan baru kepada rakyat Sabah.

Sedangkan Sabah antara negeri pengeluar minyak yang terbesar di Malaysia. Sejak kewujudan Petronas, Malaysia telah mengaut RM431 Bilion dan lebih kurang 35% hasil itu datangnya daripada sumber minyak Sabah. Sayangnya kerana penggabungan Malaysia Sabah cuma mendapat 5% bayaran tunai daripada keseluruhan hasil minyak Sabah. Pemimpin menjustifikasikan keadaan ini dengan mengatakan bahawa Sabah diberikan pelbagai bentuk bantuan lain berupa peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Jika ini benar, mengapa Sabah jadi negeri termiskin? Mengapa jurang pembangunan amat jauh ketara antara Sabah dan Semenanjung Malaysia? Ketika rakyat Malaysia di Semenanjung bermegah dengan LRT, Komuter, Monorel dan sebagainya, anak Malaysia di Sabah masih dengan keretapi zaman penjajahan British. Ketika anak Malaysia di Semenanjung bergembira dengan keindahan dan keluasan lebuhraya, anak Malaysia di Sabah masih bergelumang lumpur di jalanan, bahkan dengan jalan utama bertar juga berlubang di sana sini. Ketika anak Malaysia di Semenanjung Malaysia bergembira di taman-taman tema yang canggih dan indah, anak Malaysia di Sabah masih ternanti-nanti kehadiran FUN FAIR. Inikah Malaysia yang pemimpin Sabah terdahulu impikan?

Selain itu, Sabah dengan keluasan 71,613 km persegi yang dilimpahi nikmat kesuburan tanah dan cuaca yang baik, agak menghairankan kita tidak berjaya meningkatkan kekayaan anak Sabah yang hanya 3.2 juta populasi. Ataukah kerana dengan Malaysia, memberi justifikasi kepada FELDA untuk menguruskan 590,824 ekar tanah Sabah dan hanya memberikan sewaan kepada Kerajaan Sabah sedangkan Kerajaan Sabah kehilangan hak untuk menguruskan tanah itu agar hasilnya, 100% untuk rakyat Sabah agar rakyat Sabah khusunya anak-anak muda tidak perlu lagi menjadi kuli di Singapura, Brunei bahkan di Tanah Melayu sendiri?

Sehingga hari ini, kuasa Ketua Menteri Sabah juga kita ragui kerana sebagai ahli parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan, pastinya Ketua Menteri Sabah tidak boleh lari daripada konsep konflik kepentingan antara menjaga hak Sabah dan menjaga jawatan dan kedudukan dalam parti dan kerusi pentadbiran. Adakah ini juga antara impian pemimpin terdahulu untuk melihat pemimpin utama Sabah sekadar boneka? Ketua Menteri juga bersetuju bahawa Malaya antara entiti yang membentuk Malaysia. Di manakah sudah Malaya kini?

Nah, kepada Datuk Abdul Rahim Ismail, jangan tanya siapa Dr Jeffrey tetapi tanyalah kepada semua anak Sabah yang memahami hakikat keadaan Sabah kini, jauh di lubuk hati mereka, apakah Sabah megah dan hebat dalam Malaysia? 

Semoga beberapa contoh perbandingan yang saya sebutkan di atas mampu membuka minda dan pemikiran kita. Saya boleh berikan lebih banyak contoh lain tetapi lebih baik sekiranya Datuk Salleh Said dan Datuk Abdul Rahim tentukan tempat pertemuan, jika lebih baik disebutkan sebagai dialog terbuka, saya pasti tidak akan ragu-ragu untuk hadir. Saya mungkin sangat muda dan kelihatan enteng, tetapi zaman ini anak muda bukan lagi anak muda pak turut yang hanya mengangguk atau menggeleng. Tetapi zaman ini zaman teknologi maklumat. Banyak perkara didominasi oleh kuasa maklumat. Tidak semudah itu untuk membohongi kita lagi seperti waktu-waktu yang sudah.


Selepas perbandingan yang saya buat ini, jika perkataan Hari Penjajahan itu kedengaran amat ekstrim, kita ertikanlah Occupation Day itu sebagai Hari Pengambilalihan hak Sabah. Sama-sama kita mencari jawapan, apakah Malaysia ini sekadar untuk menjustifikasikan pengambilalihan sumber minyak Sabah? Apakah Malaysia ini sekadar untuk memberikan ruang kepada Persekutuan membuka tanah-tanah di Sabah? Atau melalui kebenaran khas Datuk Harris Salleh maka Sabah kehilangan hak terhadap Labuan yang juga dilimpahi sumber kekayaan minyak? Jika begitu walau apa pun istilah yang kita gunakan ia sebenanrnya membawa makna yang hampir sama. Mungkin juga menghampiri kebenaran kata-kata Bung Karno yang pernah mengatakan pentadbiran kolonial ini hanya dipindahkan dari London ke Kuala Lumpur. 

Namun begitu, sebagai rakyat Malaysia kita tentunya sayangkan Malaysia yang sudah pun berusia setengah kurun. Jika ada pemimpin yang tidak senang dengan istilah penjajahan, maka kembalikan hak Sabah yang sepatutnya, khusunya kuasa pemerintahan dengan autoriti nyata tanpa konflik kepentingan dan juga kuasa mengurus hasil bumi serta kewangan sendiri. Hanya inilah kunci untuk kita selamatkan Malaysia kerana Malaysia hari ini tentunya bukan Malaysia yang diimpikan pemimpin terdahulu khusunya pemimpin yang terlibat dalam Tragedi Double Six. Apa sahaja sistem yang kelihatan lebih kepada proses pengambilalihan, maka itulah punca kepada wujudnya perkataan penjajahan ini. Jadi jangan salahkan penggunaan istilah ini tetapi sama-sama kita fikirkan mengapa istilah ini terluah akhirnya.

Source: Hasmin Azroy Abdullah


Hari Kedua Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk

Sabah, 28 Ogos 2014 - Program Ekspedisi Sabah Merdeka Day kini sudah memasuki Hari Kedua dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu Sabah.

Dua buah kumpulan baru Ekspedisi Sabah Merdeka Day daripada daerah Kota Marudu dan Keningau telah dilepaskan sekitar jam 8.00 pagi. Melalui maklumat yang diterima, kumpulan Ekspedisi daripada Kota Marudu telah dilepaskan oleh En.Daniel Jebon Jenaun dengan peserta seramai 6 orang bergerak menuju ke Langkon untuk bergabung dengan kumpulan Ekspedisi daripada Kudat. 

Kumpulan Ekspedisi daripada Keningau pula yang diketuai oleh En.Hasmin Azroy Abdullah telah bergerak dengan peserta seramai 30 orang menuju ke jalan Puncak Kimanis. Apabila diminta untuk memberikan penjelasan tentang mengapa kumpulan beliau telah mengubah laluan Ekspedisi yang telah ditetapkan sebelum ini yang mana ia seharusnya bergerak menuju ke Tambunan, beliau memberitahu bahawa terdapat halangan-halangan yang timbul dan tidak dapat dielakkan dikalangan peserta telah membuatkannya mengubah laluan Ekspedisi tersebut.

Beliau juga memaklumkan bahawa Kumpulan Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk daripada Keningau ini merupakan gabungan daripada Kumpulan Tenom. Mengulas dengan lebih lanjut lagi, beliau mengatakan bahawa kumpulan yang dipimpinnya hanya mampu bergerak sehingga ke Puncak Kimanis sahaja untuk hari ini. Namun begitu, Ekspedisi mereka akan bersambung semula pada 30 Ogos dengan rombongan konvoi kereta dan motorsikal yang akan bergerak daripada Keningau menuju ke Papar melalui jalan Kimanis. 

Disana, penyebaran risalah akan dilakukan dan selepas itu, kumpulan beliau akan menyambung semula perjalanan terus ke Padang Merdeka untuk bergabung dengan kumpulan daripada Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Ranau, Tamparuli, dan Tuaran.

Berlainan pula cerita yang diperolehi daripada Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk Ranau ataupun Sumondot Merdeka Ranau, Ketua Kumpulannya iaitu En.Jalibin Paidi memberitahu bahawa mereka telah mengalami masalah kekurangan bendera Negara Sabah. Ini kerana sepanjang perjalanan mereka menuju ke destinasi, orang awam, penghuni rumah di tepian jalan serta kenderaan yang lalu lalang telah meminta Bendera Kebangsaan Negara Sabah daripada mereka untuk dikibarkan sepanjang bulan Ogos ini. 

Selain itu juga, apabila diminta untuk mengambarkan suasana ataupun keadaan disana, beliau mengatakan bahawa sambutan disini nampaknya semakin bertambah hangat. Tambahannya lagi, kereta tidak berhenti-henti membunyikan "Hon Kereta" dan melaungkan kata-kata semangat kepada kami.

Menurut beliau, sebuah kereta telah berhenti dan memberikan sekotak minuman air mineral kepada mereka. Pemandu tersebut juga memberikan kata-kata semangat dan sokongan untuk tidak berputus asa dalam menjayakan Ekspedisi Sabah Merdeka Day ini. 

Daripada maklumat yang diperolehi daripada En.Jalibin, beliau mengatakan bahawa pemandu yang memberikan sumbangan tersebut merupakan orang kuat BN di Ranau. Secara tidak langsung, mesejnya jelas bahawa orang-orang BN Ranau sebenarnya menyokong mana-mana usaha untuk memertabatkan Bangsa dan Negara Sabah.

Setelah kumpulan beliau sampai ke tempat destinasi akhir untuk hari kedua ini di Bongol, Ketua Kg.Bongol telah menyambut kedatangan mereka dengan "Paluan Gong". Ia sangat-sangat mengejutkan dan mengharukan, katanya.

Untuk cerita kumpulan Ekspedisi daripada Kudat pula, perjalanan ekspedisi dimulakan sebaik sahaja ketibaan kumpulan Ekspedisi daripada Kota Marudu di Langkon pada jam 10.30 pagi yang mana perjalanan ke Kota Belud berakhir pada jam 6.15 petang. 

Melalui perkongsian cerita daripada Ketua Kumpulan Ekspedisi Kudat iaitu En.Tony Minggir, beliau mengatakan bahawa mereka sangat terkejut melihat reaksi dikalangan peniaga-peniaga kecil di sepanjang jalan menuju ke kota Belud yang majoritinya adalah terdiri daripada etnik Bajau. Ini kerana reaksi mereka sangat baik dan teruja serta menyokong kecekalan misi Ekspidisi ini untuk menyebarkan kebenaran sejarah. Peniaga-peniaga tersebut juga menegur sapa serta berbual-bual dengan mereka.

Perkara yang menarik hati, kata beliau ialah kawasan yang dilalui oleh mereka ini sebenarnya adalah kawasan kubu kuat umno namun peniaga-peniaga kecil tersebut tidak menunjukkan sebarang provokasi negatif tetapi menyambut kami seperti seorang Wira dan meminta kami untuk meneruskan niat dan perjuangan ini sehingga ke penamatnya.

Ekspedisi ini berakhir di rumah Datuk Ismail Ginbad yang merupakan seorang veteran USNO. Beliau, katanya merupakan seorang mantan Menteri Kewangan Kerajaan USNO dahulu. Dalam perbualan bersama dengan Datuk Ismail Ginbad, beliau sempat menyampaikan mesej kepada kumpulan Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk semasa makan malam iaitu "Selamatkan Kerajaan Negara Sabah daripada cengkaman politik malaya agar generasi Negara Sabah mampu memperolehi masa depan yang lebih cerah dan terjamin sebelum saya menghembus nafas yang terakhir" katanya. Menurut beliau, umurnya kini sudah mencecah 75 tahun.

Laporan Berita disediakan oleh Media Eksmerd

Wednesday 27 August 2014

Hari Pertama Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk

Sabah, 27 Ogos 2014 - Dua buah Kumpulan Ekspedisi Sabah Merdeka Day telah melakar sejarah baru untuk julung kalinya melalui program akvtiviti berjalan kaki yang berlangsung sepanjang hari ini.

Dua buah kumpulan Ekspedisi iaitu daripada Ranau dan Kudat telah memulakan pergerakan mereka pada sekitar jam 8.00 pagi. Kumpulan Kudat telah dilepaskan oleh Datuk H. Kalakau Unto manakala Kumpulan daripada Ranau pula oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Melalui maklumat yang diperlolehi daripada Ketua Kumpulan Ekspedisi Ranau iaitu En.Jalibin, seramai 52 peserta telah menyertai ekspedisi ini yang mana rata-ratanya adalah golongan Generasi Muda yang mempunyai semangat kental dan partriotik.

Menurut perkongsian beliau sepanjang program yang berlangsung pada hari Pertama ini, beliau mengatakan bahawa beliau sangat tidak menduga bahawa ekspedisi ini akan mendapat sokongan moral yang tinggi daripada orang awam. Kereta-kereta yang melalui kami kesemuanya telah membunyikan "Hon" kereta sambil menjerit "Sabah Negaraku Merdeka!" Tidak dapat dinafikan juga bahawa sepanjang perjalanan kami, orang awam telah meminta kebenaran untuk bergambar dengan kami sebagai kenangan dan sokongan.

Beliau juga menambah, ada dua perkara yang luar biasa dan mengharukan telah berlaku pada waktu perjalanan kami yang mana terdapat dua kereta berhenti pada masa yang berlainan telah menghulurkan sumbangan ikhlas berbentuk duit sebanyak "RM100" dan juga "RM50". Kata mereka, gunakan duit ini untuk menampung perbelanjaan makanan peserta-peserta ekspedisi.

Selain itu juga, sebuah kereta yang telah memasang bendera Malaysia telah berhenti dan meminta untuk bertukar bendera kepada bendera Kebangsaan Negara Sabah. Ini kerana menurut pemandu tersebut, beliau mahu bendera Kebangsaan Negara Sabah berkibar sepanjang bulan Ogos ini sebagai tanda memperingati Hari Kemerdekaan Negara Sabah pada 31 Ogos 1963.

Orang awam dan juga pelancong asing telah memberi lambaian serta kata-kata semangat untuk terus menghabiskan perjalanan sehingga ke Kota Kinabalu.

Perkara yang sama juga dialami oleh Kumpulan Ekspedisi daripada Kudat yang mana menurut Ketua Kumpulan iaitu En.Tony Minggir, setiap kereta yang melalui mereka akan pasti membunyikan "Hon" kereta berulang kali sambil melambai dan menjerit "Saya bangga dengan kamu semua... Sabah Merdeka Selamanya!" 

Sepanjang perjalanan Ekspedisi Sabah Merdeka Day ini, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah memberikan kerjasama yang penuh dengan memastikan keselamatan setiap peserta terjamin dan juga melindungi peserta-peserta daripada  ancaman luar mahupun provokasi jahat.

Daripada perkongsian cerita daripada kedua-dua ketua kumpulan ini berkaitan dengan halangan ataupun cabaran yang ditempuhi sepanjang Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk ini berlangsung untuk hari pertama,  mereka berdua memberikan jawapan yang hampir sama dengan mengatakan bahawa cuaca yang sejuk dan hujan tidak mampu menghalang niat kami untuk menghabiskan perjalanan yang mengambil masa selama empat (4) hari ini. Walaupun penat tetapi misi ini mesti diteruskan. Ini kerana, mereka percaya dan yakin bahawa aktiviti seumpama ini mampu membangkitkan semangat Patrioritik dikalangan Generasi Muda Negara Sabah untuk bangkit dan berjuang bersama-sama demi Negara yang tercinta.

Aktiviti ini juga mampu menyampaikan mesej yang jelas kepada mereka yang melihat dan membacanya sama ada melalui Facebook ataupun blog bahawa jikalau kami mampu melakukan ini untuk Negara Sabah, mengapa anda tidak? Sudah tentunya anda juga boleh melakukannya demi Negara Sabah dengan menyebarkan aktiviti dan kesedaran sejarah Negara kita ini kepada semua anak-anak muda agar mereka tidak dipandu oleh fakta sejarah salah.

Laporan Berita disediakan oleh pihak Media EksMerd

Tuesday 26 August 2014

Ekspedisi Sabah Merdeka Day Bermula

Kota Kinabalu, 26 Ogos 2014 - Satu mesyuarat terakhir daripada Core Committee Sabah Merdeka Day yang ditaja oleh Borneo Heritage Foundation (BHF) telah memutuskan bahawa akan terdapat satu Program Ekspedisi Sabah Merdeka Day (berjalan kaki) bakal dilancarkan pagi esok.

En.Jalumin Bayogah yang merupakan Pengerusi Penganjur Core Committee Sabah Merdeka Day berkata, akan terdapat tiga (3) daerah yang menjadi tempat permulaan acara Ekspedisi Sabah Merdeka Day. Daerah-daerah tersebut yang dimaksudkan adalah daearah Kudat, Ranau dan Keningau. Menurut beliau, acara bermula dalam sekitar jam 8 pagi. Tetapi untuk daerah Keningau, ia akan bermula pada 28 Ogos, sehari lewat daripada Kudat dan Ranau atas faktor jarak yang dekat jika dibandingkan dengan kedua-dua daerah tersebut.

Menurut beliau lagi, untuk daerah Kudat, Ekspedisi Sabah Merdeka Day akan dirasmikan oleh Datuk H Kalakau Unto sebagai simbolik bermulanya acara Ekspedisi Sabah Merdeka Day dengan berjalan kaki daripada Kudat ke Kota Kinabalu. Manakala untuk daerah Ranau pula, ia akan dirasmikan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai Program Ekspedisi ini, Pengerusi Penganjur menerangkan bahawa tiga (3) daerah ini akan diketuai oleh 3 orang ketua iaitu untuk Kudat, En.Tony Minggir. Ranau akan diketuai oleh En.Jalibin Paidi manakala untuk Keningau pula, ia akan diketuai oleh En.Melvin Jaikul.

Perjalanan ini dijangka akan mengambil masa selama empat (4) hari sebelum tiba di Bandaraya Kota Kinabalu pada 31 Ogos berdasarkan kepada perancangan lokasi perhentian rehat.

Kumpulan yang diketuai oleh En.Tony Minggir akan berkumpul di Dataran Sidik, Kudat dan akan bergerak sebaik sahaja dirasmikan. Pergerakan tersebut akan membuat perhentian di Pekan Sikuati dan seterusnya di Matunggong. Terdapat aktiviti Himpunan Aman Merdeka akan berlangsung pada sekitar jam 12 tengah hari di Matunggong sebaik sahaja ketibaan kumpulan daripada Pekan Sikuati. Selepas itu, kumpulan ini akan bergerak ke Langkun yang merupakan titik pertemuan jalan ke Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud. terdapat peserta-peserta tambahan daripada Kota Marudu dan Kota Belud juga akan turut serta dalam  ekspedisi ini. Daripada Kota Belud, kumpulan ini akan bergerak ke Tenggilan dan berhenti di Berunggis untuk menantikan kumpulan daripada Ranau. Difahamkan terdapat 40 orang peserta daripada kumpulan ini

En.Jalibin Paidi yang mengetuai kumpulan daripada Ranau terdiri daripada 50 orang peserta pula akan bergerak daripada Pekan Ranau ke Restoran Bambu yang terletak selepas Bundu Tuhan untuk membuat perhentian rehat. Perjalanan tersebut akan bersambung semula pada hari yang berikutnya ke Kg.Bongol dan seterusnya akan bertemu dengan kumpulan dari Kudat pada keesokannya pada malam ketiga di Berungis, Tuaran.

Pada 30 Ogos, kedua-dua kumpulan ini akan bergabung dengan peserta-peserta daripada Tuaran dan Tamparuli untuk membuat pergerakan Ekspedisi Sabah Merdeka Day bersama-sama dan akan berhenti untuk bermalam di Dataran Merdeka Bandaraya Kota Kinabalu.

Manakala kumpulan daripada Keningau yang akan diketuai oleh En.Melvin Jaikul akan bertolak ke daerah Tambunan dan bermalam untuk perhentian rehat. Keesokan harinya, terdapat peserta-peserta daripada  Tambunan akan menyertai kumpulan tersebut dan kumpulan ini akan bergerak ke Penampang. Penambahan peserta daripada Penampang dijangka akan ada dan seterusnya mereka menyambung semula ekspedisi ke Dataran Merdeka untuk bergabung dengan peserta-peserta daripada Kudat, Ranau, Kota Marudu, Kota Belud, Tamparuli dan Tuaran.

Kumpulan Ekspedisi Sabah Merdeka Day ini akan bergerak seawal 7 pagi pada 31 Ogos 2014 daripada Dataran Merdeka Kota Kinabalu sehingga ke Dewan Tg.Aru dengan jumlah peserta tidak kurang dariapda 100 orang yang mana jangkaan ketibaan mereka ini adalah dalam sekitar jam 9 pagi. Upacara menaikkan bendera Kebangsaan Negara Sabah akan berlangsung sebaik sahaja ketibaan peserta-peserta tersebut sebagai tanda memperingati detik-detik bersejarah yang mana bendera British telah diturunkan dan bendera Kebangsaan Negara Sabah untuk pertama kalinya dikibarkan di udara Negara Di Bawah Bayu serta mainan lagu Kebangsaan Sabah Tanah Airku juga akan didendangkan serta dinyayikan sebagai tanda penghormatan kepada Bangsa dan Negara Sabah yang Merdeka serta Berdaulat.

Selepas itu, program ini akan disambung di Pantai Tg.Aru II yang mana mesej ucapan Hari Kemerdekaan Negara Sabah akan disampaikan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan dan YB. Panglima Datuk Wilfred Bumburing. 

Upacara pemberian sijil akan berlangsung sebagai tanda penghargaan kepada peserta-peserta Ekspedisi Sabah Merdeka Day kerana telah mencatatkan satu sejarah yang baru yang belum pernah dilakukan di bumi Sabah yang bertuah ini.

YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan juga akan melancarkan Perasmian menyeluruh Program Ekspedisi Sabah Merdeka Day yang bakal digerakkan ke seluruh pelusuk Tanah Air Negara Sabah sebagai usaha untuk mendidik Bangsa Negara Sabah tentang fakta dan kebenaran sejarah yang selama ini disembunyikan dan dipesongkan.

Pihak Pengerusi Penganjur mengatakan bahawa Program seumpama ini sangat penting khususnya kepada Generasi Muda Negara Sabah kerana ia bertujuan untuk menyemai semangat Patrioritik kepada Tanah Air, Sabah. Selain itu juga, ia adalah untuk memperbetulkan tanggapan yang salah tentang status Sabah yang sebenarnya merupakan Rakan Kongsi dalam Persekutuan Malaysia. 

Ini menurut beliau lagi, Sabah adalah sebuah Negara yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Malah, beliau menegaskan bahawa adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab mutlak kepada generasi-generasi yang lahir pada sekitar 60an sehingga 80an untuk mengajar fakta sejarah yang tepat dan sahih. Ini kerana, bangsa yang tidak mengetahui sejarah sebenar negaranya akan kehilangan identiti yang sebenar. Justeru, ini akan membuatkan jaminan masa depan generasi akan berada dalam keadaan yang  menyedihkan. Maka dengan itu, selamatkan masa depan mereka melalui aktiviti kesedaran seumpama ini agar mereka tidak akan menuding jari kearah kubur generasi lalu kerana tidak berbuat sesuatu yang baik untuk mereka.


Beliau juga menjemput dan menggalakkan penyertaan mana-mana generasi muda Negara Sabah yang ingin menyertai Ekspedisi Sabah Merdeka Day sepanjang program ini berlangsung kerana Program Ekspedisi ini sebenarnya adalah ditujukan dan dibawakan khas untuk mereka, Generasi Muda Negara Sabah.


Laporan berita disediakann oleh Media EksMerd.

Serangan Poster Sabah Merdeka Day

Beaufort, 25 Ogos 2014 - Seorang anak muda Negara Sabah kelahiran Beaufort telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyebarkan Kesedaran Kemerdekaan Negara Sabah Kali Ke-51 Tahun dengan menggunakan poster manilakat dan telah menggantungkannya disekitar jalan utama Pekan Beaufort.

Anak muda ini yang tidak mahu identitinya didedahkan mengatakan bahawa tindakan beliau ini adalah disebabkan oleh dorongan diri yang lahir daripada kesedaran dengan sendirinya untuk menyebarkan kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut beliau, selama ini anak-anak Bangsa Negara Sabah telah disajikan dengan fakta auta ataupun fakta palsu dan sampai bila perkara ini harus berterusan? Seperti yang tercatat dalam sejarah yang boleh diperolehi di Arkib Negeri (Negara) Sabah, British telah memberikan Kemerdekaan kepada Negara Sabah pada 31 Ogos 1963 tetapi mengapa sejarah ini tidak didedahkan didalam buku teks? Mengapa pula sejarah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang dihebohkan, dicatatkan dan diajar di sekolah, kolej serta di peringkat universiti? Mengapa ia terang-terangan disiarkan di televisyen dengan fakta yang salah? Apakah kita yang telah mengetahui kebenaran ini harus mengangguk dan membiarkan kepalsuan fakta ini menjadi satu kepercayaan selamanya? Sudah tentut tidak, ulasnya.

Tambahan beliau lagi, tidak salah untuk menghebohkan 31 Ogos 1957 kepada umum tetapi ia harus memaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan bukan Malaysia. Ini kerana Persekutuan Malaysia tidak pernah dijajah. Jadi, kalau tidak pernah dijajah, mengapa menyambut hari kemerdekaan? Jikalau anda mengatakan bahawa Persekutuan Malaysia pernah dijajah, negara dan kuasa manakah yang pernah menjajah Persekutuan Malaysia? Setahu saya, hanya negara-negara anggota dalam Persekutuan Malaysia sahaja yang pernah dijajah oleh British iaitu Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo), Negara Sarawak, Negara Singapura (telah disingkirkan oleh Malaya) dan juga Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Mengulasnya dengan lebih terperinci, mengapa tidak negara-negara dalam Persekutuan Malaysia merayakan Hari Kebangsaan negara masing-masing dan pada 16 September barulah bersama-sama merayakan Hari Pembentukkan Malaysia secara besar-besaran yang mana ia juga dikenali sebagai Malaysia Day. Ini kerana Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

Beliau menyatakan bahawa Negara Sabah diberikan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, Negara Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Malaya pada 31 Ogos 1957.

Sepanjang aktivitinya semalam, beliau mengatakan bahawa ada seorang lelaki samseng jalanan telah menghampiri dan mahu menyerangnya serta mengugut untuk mencederakan dengan menggunakan sebatang pembuka skru tayar kereta (spanar) atas alasan orang tersebut mahu melarangnya daripada meneruskan aktiviti penyebaran kesedaran tersebut. Namun, beliau mengatakan kepada lelaki tersebut bahawa ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang yang sedar untuk memberikan kesedaran kepada orang lain. Mengapa pula anda mahu menghalang? Saya tidak menggangu anda dan jangan menggangu saya juga. 

Kejadian tersebut berlarutan sehingga ahli keluarga pihak samseng jalanan tersebut telah datang dan keadaan bertambah rumit. Akhirnya kes tersebut dibawakan ke Balai Polis Beaufort tetapi tidak direkodkan kerana lelaki samseng jalanan tersebut telah meminta maaf setelah menimbang segala risiko yang bakal dihadapi kerana tindakannya yang tidak menggunakan akal. Difahamkan lelaki tersebut merupakan orang samseng umno Beaufort.

Apabila ditanya mengenai jumlah perbelanjaan untuk menampung kos aktiviti tersebut, beliau mengatakan bahawa aktiviti yang telah dilakukannya adalah dalam sekitar RM50 sahaja. Beliau mengatakan juga bahawa kebenaran itu adalah pelita yang akan menerangi kegelapan dan atas sebab itu, beliau sanggup untuk membelanjakan duit kerana untuk menyedarkan anak-anak bangsa Negara Sabah yang belum mengetahuinya khususnya di daerah Beaufort.

Laporan disediakan oleh pihak Media Eksmerd

Saturday 23 August 2014

Program Kesedaran Sabah Merdeka Day

RANAU, 23 Ogos 2014 - Sekumpulan Nasionalis Negara Sabah yang terdiri daripada 38 peserta termasuk seorang kanak daripada sebuah Kumpulan NGO yang bernama Sabah for Sabahan Punya Ranau (SSPR) dari Daerah Ranau telah menjalankan satu Program Kesedaran Sabah Merdeka Day di Pekan Ranau.

Kumpulan Nasionalis ini yang diketuai oleh En.Jalibin Paidi, merupakan seorang bekas Pengetua sekolah di SMK Entilibon, Tongod. Beliau mengatakan bahawa program seumpama ini harus dan mesti dilakukan berterusan setiap tahun agar rakyat Negara Sabah khususnya di daerah Ranau mendapat fakta sejarah yang tepat dan sahih tentang apa yang sebenarnya telah berlaku di Negara Sabah dan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun dahulu sehingga sekarang.

Menurut beliau, keadaan yang berlaku kini di Negara Sabah adalah disebabkan oleh manipulasi kuasa luar dan campur tangan politik daripada malaya secara tidak langsung melalui parti politik UMNO-BN dalam hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negara Sabah. Walaupun pada zahirnya Kerajaan Sabah dipimpim oleh pemimpin tempatan, tetapi secara batinnya ia dikawal oleh kuasa luar iaitu daripada pemimpin-pemimpin malaya. Ini kerana segala apa yang telah berlaku di Negara Sabah harus dan mesti mendapat persetujuan dan peruntukkan daripada kerajaan persekutuan malaysia sedangkan pada asas pembentukkan Persekutuan Malaysia, mana-mana Negara anggota dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran politik anggota.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai sejarah pembentukkan Persekutuan Malaysia, beliau menyatakan perasaan kecewa dan hampa terhadap Kerajaan Negara Sabah dibawah pimpinan Musa Aman  selaku Ketua Menteri Sabah kerana tidak jujur dalam menyampaikan fakta sejarah Negara Sabah yang sebenar. Kerajaan Negara Sabah juga gagal untuk bertegas dalam mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah telah Merdeka pada 31 Ogos 1963 dan kini sudah mencapai 51 tahun ia berlalu.

Beliau menambah lagi, berlainan pula dengan keadaan yang berlaku di Kerajaan Negara Sarawak yang mana pemimpin tertingginya iaitu Datuk Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak dengan tegas dan yakin mengatakan secara rasmi bahawa Sarawak merupakan satu Wilayah (Negara) yang telah membentuk Persekutuan Malaysia. Tiada istilah "masuk Malaysia" kerana tidak ada apa yang mahu masuk. Ini kerana menurut beliau (Adenan) lagi, sejarah jelas mencatatkan bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh Negara Sarawak, Negara North Borneo (kini Sabah), Negara Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu).

En.Jalibin juga memaklumkan bahawa pengedaran risalah sebanyak 2,000 keping telah berjaya diedarkan kepada orang awam di Pekan Ranau. Aktiviti seumpama ini tidak seharusnya dilakukan hanya pada bulan Ogos tetapi ia perlu berterusan tanpa mengira masa dan waktu.

Sepanjang Program Kesedaran ini dijalankan melalui pengedaran risalah dan penerangan ringkas kepada orang awam, beliau mengatakan bahawa NGO mereka telah mendapat maklumbalas yang positif  daripada orang awam dan mereka menunjukkan minat untuk membacanya serta ia telah menjadi topik perbualan yang hangat dikalangan masyarakat Pekan Ranau.

Apabila beliau diminta untuk memberikan sedikit pandangan mengenai kenyataan baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Datuk Masidi Manjun yang merupakan salah seorang pemimpin daripada UMNO-BN DUN Keranaan tentang isu "Melayu", beliau mengatakan bahawa ia sangat tidak bersetuju dan membantah akan kenyataan itu sebulat-bulatnya. Menurut beliau, Dusun adalah Dusun dan Melayu adalah Melayu. Perkara ini sangat jelas melalui Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 160 yang menyatakan bahawa "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

Beliau juga menasihati Datuk Masidi Manjun untuk pertahankan hak Orang Asal dengan memperjuangkannya didalam parti naungan khususnya di Ranau dan bukan meracuni pemikiran etnik Dusun semata-mata untuk memperluaskan penerimaan agenda politik malaya melalui UMNO agar mudah diterima. Ini kerana ia suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku.

Laporan berita ini disampaikan oleh Pihak Media EksMerd.

Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Malaysia: Part 1/2 (WAJIB BACA!)

"Pelarian dari Selatan Filipina telah diberi perlindungan di Sabah. Kuala Lumpur langsung tidak mengambil tindakan untuk menyekat kedatangan pendatang tersebut..."

1961-1963

Cadangan penubuhan Malaysia oleh Perdana Menteri Malaya, allahyarham Tunku Abdul Rahman telah diumumkan pada bula Mei 1961. Ketika itu, sebilangan besar rakyat (North Borneo) terperanjat tentang pengumuman itu di mana mereka tidak pernah menduga atau menyedari tanda-tanda perkembangan politik yang akan membawa ke arah itu. Orang-orang Borneo seperti North Borneo (Sabah), Sarawak dan Brunei telah tertarik dengan bayangan masa depan untuk mencapai kemerdekaan dan pemerintahan sendiri. Mereka lebih senang dengan adanya pencapaian kemerdekaan dan pemerintahan sendiri. 

Walaupun beberapa cadangan telah dibuat untuk menyatukan kesemua wilayah British Malaya, Singapura, Brunei dan Borneo dalam gabungan, tetapi mereka tidak membayangkan untuk menjadikannya dalam konteks persekutuan.

Pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah menimbangkan ada baiknya supaya ketiga-tiga wilayah Borneo untuk membuat carta kuasa bersama, dan tidak perlu untuk bersama Malaya dan Singapura hanya untuk perpaduan dan kemajuan. Rakyat di ketiga-tiga wilayah telah lama menganggap dan berpendapat bahawa kuasa jajahan (colony) British akan membawa mereka ke arah kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.

Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, telah menjadi isu hangat dan menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat Sabah sehinggalah timbulnya perselisihan faham dan sikap permusuhan. Donald Stephens telah memberi amaran "sekiranya North Borneo bergabung dengan Malaya, maka orang Malaya akan mengambil-alih jawatan-jawatan tertinggi". (News Straits Times, 19 Julai 1961).

Tetapi pada ketika itu juga, cadangan tersebut telah memperhebatkan perkembangan politik di Sabah. Dalam proses pembentukkan negara sejak bulan Mei 1961 dan sehinggalah Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada 16hb. September 1963. Buat pertama kalinya rakyat Sabah menganggotai perbincangan politik secara diplomasi dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan.

Kandungan laporan IGC adalah rangka bentuk Malaysia sebagai sebuah negara. Jesteru itu, Sarawak dan Sabah telah menyatakan beberapa perkara penting untuk menjadi anggota Malaysia, iaitu laporan IGC mestilah mengandungi syarat-syarat serta perlindungan yang dikehendaki oleh kedua-dua wilayah tersebut sebelum mencapai persetujuan.

Kebanyakan syarat-syarat yang terkandung dalam "20 Perkara" telah dapat dipenuhi sepertimana yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan mestilah memenuhi segala syarat-syarat tersebut sekiranya kedua-dua wilayah tersebut menganggotai Malaysia.

Pada bulan September 1963, barulah disedari sebenarnya akibat cadangan penubuhan Malaysia. Cadangan Malaysia bukan sahaja menghapuskan penjajahan dari luar tetapi amatlah ketara sekali bahawa betapa hebatnya kemunculan penubuhan parti-parti politik di Sabah. Terdapat lima buah parti politik yang ditubuhkan setakat dalam tahun 1962. Dalam tahun 1961, UNKO telah ditubuhkan dan ianya sebuah parti yang dianggotai oleh sebilangan besar kaum kadazan dipimpin oleh Donald Stephens. Kemudian parti UNKO telah bergabung dengan Pasok Momogun menjadi UPKO pada bulan Jun, 1964. Pari USNO (United Sabah National Organisation) telah pun ditubuhkan lebih awal pada bulan Disember 1961, yang dipimpin oleh Datu Mustapha bin Datu Harun. Kemudian beberapa lagi parti politk telah ditubuhkan seperti Democratic Party dan United Party yang mana kemudiannya telah diubah menjadi Sabah Chinese Association (SCA).

1963-1967

Untuk menyatukan "kaum melayu" di wilayah Borneo, telah mendorong penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Dengan itulah majoriti kaum melayu diberi jaminan apabila masyarakat melayu lebih ramai daripada masyarakat Cina. Jika sebaliknya, mungkin nisbah kaum dapat diseimbangkan sekirannya Singapura bersama-sama dalam Persekutuan.

Adalah penting bagi wilayah Borneo supaya dapat dipimpin oleh bumiputra islam untuk kesedaran dikalangan kaum masyarakat melayu. Dengan itu, Kuala Lumpur khususnya telah memainkan peranan yang sungguh licin dalam perkembangan politik di Sabah untuk menghasilkan seorang Ketua Menteri beragama islam. Di samping itu,  hubungan peribadi di antara Tunku Abdul Rahman dan Tun Mustapha semakin erat dan itulah yang mempercepatkan lagi proses tersebut. Apabilah terdapat perselisihan faham di antara Tun Mustapha dengan Ketua Menteri  (Donald Stephens), Kuala Lumpur selalu menyelebahi Tun Mustapha.

Donald Stephens telah menuntut hak samarata untuk bersuara dalam perlaksanaan Kerajaan Persekutuan dan mengasaskan serta mengkaji semula Perjanjian Malaysia. Sejajar dengan haluan Singapura, beliau telah menyokong dasar "Malaysia untuk Rakyat Malaysia" yang mana bertentangan dengan perjuangan perikatan UMNO. Tindakan tersebut telah dianggap sebagai ancaman kepada ketuanan UMNO. Kemudian, Donald Stephens pula ditumpaskan dengan manipulasi politik Kuala Lumpur. Syed Kechik pada ketika itu ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Penerangan dan Penyiaran, Senu Abdul Rahman, telah dipujuk oleh Tun Abdul Razak "Campur tangan" dengan politik Sabah.

Syed Kechik diberi ruangan untuk memainkan peranan sebagai perancang politik dan juga sebagai orang kanan Tun Mustapha supaya senang untuk mencari pengaruh dan memerhati perkembangan politik Sabah. Jelas sekali bahawa beliau adalah ejen kepada UMNO untuk merancang segala keadaan politik Sabah.

1967-1976

Kejayaan KL untuk memperolehi seorang Ketua Menteri beragama Islam iaitu Tun Mustapha menyakinkan cita-cita UMNO untuk mengembangkan politik kaum melayu di "wilayah baru" (termasuk Sarawak).

Di dalam hal penyatuan bumiputra, parti UPKO yang dianggotai oleh kaum Kadazan telah dibubarkan. Kegagalan Donald Stephens adalah disebabkan pengabaian beliau terhadap masyarakat cina dan terlalu menumpukan pembangunan orang-orang tempatan. Beliau langsung tidak terfikir ancaman daripada dominasi kaum melayu. Beliau kemudiannya telah memeluk agama islam dan kemudiannya dihantar sebagai Pesuruhjaya Tinggi.

Pada bulan Ogos 1971 sempena Kongress Kebudayaan Kebangsaan, UMNO telah menyuarakan visi untuk menghayati satu identiti kebangsaan, sebagai contoh; Bahasa melayu akan dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan kebudayaan melayu diserapkan sebagai asas utama dalam cadangan kebudayaan kebangsaan. Ia juga memperkukuhkan visi dominasi kaum melayu mahupun kepercayaan kebudayaan mereka. Tun Mustapha telah didorong untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Malaysia di Sabah. Pada tahun 1971, Artikel 161D dibawah Perlembagaan Persekutuan telah dimansuhkan. Penguatkuasaan tersebut telah menjadikan islam sebagai agama rasmi di Sabah. Nyata sekali bahawa kedua-dua akta tersebut bercanggah dengan apa yang terkandung dalam perlindungan 20 Perkara.

Pelarian Islam dari Selatan Filipina telah diberi perlindungan di Sabah. Kuala Lumpur langsung tidak mengambil tindakan untuk menyekat kedatangan pendatang tersebut.

Sungguhpun Tun Mustapha telah berusaha untuk mengembangkan islam serta menguatkan pengaruh islam di peringkat negeri, beliau juga cuba untuk membantu dasar-dasar luar negara disamping itu beliau juga terlibat sebagai saluran untuk membantu pengganas Moro. Cara pentadbiran serta semangat beliau untuk mengekalkan hak-hak negeri serta niat untuk mengeluarkan Sabah dari Persekutuan akan merugikan Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh UMNO.

Cubaan KL untuk menyingkirkan Tun Mustapha dengan menarik balik segala kuasa beliau dan juga menawarkan jawatan di peringkat Kerajaan Pusat.

Akhirnya, Tun Mustapha telah berjaya ditumbangkan oleh Parti Berjaya yang disokong oleh Kerajaan Pusat. Parti Berjaya telah disokong kerana pemimpin-pemimpinnya akan bekerjasama serta mempertimbangkan segala permintaan KL.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...