Friday 22 August 2014

Sabah adalah sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat

Sabah telah diberikan Kemerdekaan oleh Kerajaan British yang merupakan Penjajah pada ketika itu pada 31 Ogos 1963. Selepas 15 hari mencapai Kemerdekaan dan bekerajaan sendiri, Kerajaan Negara Sabah telah bersama-sama dengan Negara Sarawak , Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) membentuk satu Persekutuan yang dinamai Persekutuan Malaysia.

Apa yang berlaku kini, kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) berusaha untuk menipu rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan menyebarkan propaganda palsu dengan mengatakan bahawa "Malaysia" telah merdeka pada 31 Ogos 1957 sedangkan semua orang tahu bahawa pada tarikh tersebut merupakan tarikh kemerdekaan persekutuan tanah melayu. 

Malaysia TIDAK pernah merdeka kerana Malaysia TIDAK pernah dijajah. Apa yang perlu disambut oleh semua orang ialah Hari Malaysia pada 16 September 1963. Hari tersebutlah yang amat bersejarah kerana ia melakar satu persekutuan antara negara-negara yang merdeka dan berdaulat bersekutu dibawah satu nama dan ia dinamakan Persekutuan Malaysia.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...