Friday 22 August 2014

Persekutuan Malaysia


Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 dengan penyertaan oleh Empat (4) Buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Oleh sebab itulah pada setiap 16 September, Kerajaan akan menyambut Hari Malaysia (Malaysia Day) sebagai tanda memperingati Hari Terbentuknya Persekutuan Malaysia.

Walau bagaimanapun, senario kini memperlihatkan bahawa kedudukan Negara Sabah kini tidak lagi setaraf dengan persekutuan tanah melayu. Ini kerana persekutuan tanah melayu telah meninggikan tarafnya daripada persekutuan tanah melayu kepada persekutuan malaysia. Dan yang lebih menyedihkan lagi ialah status Negara Sabah telah diturunkan kepada "negeri". 

Ini merupakan pencabulan Kuasa Kemerdekaan dan Kuasa Kedaulatan Negara Sabah. Ini juga merupakan satu PENGKHIANATAN terhadap Kepercayaan yang telah diberikan oleh Bangsa Negara Sabah dalam persefahaman asal Pembentukkan Persekutuan Malaysia yang mana Negara Sabah merupakan RAKAN KONGSI dengan malaya. Tetapi kini, malaya telah menghilangkan diri kerana telah menyamar menjadi "malaysia".

Oleh sebab itulah kesedaran demi kesedaran diberikan untuk membantu malaya untuk kembali kepada identiti dirinya yang sebenar dan mengembalikan kepercayaan Bangsa Negara Sabah.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...