20 Points

20 Perkara merupakan perkara-perkara yang telah dipersetujui sebelum Negara Sabah bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Negara Sarawak, Negara Singapura dan persekutuan tanah melayu (malaya). Jikalau perkara-perkara ini tidak dipersetujui, maka sudah pasti pemimpin-pemimpin Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Negara Sarawak TIDAK AKAN BERSETUJU untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Jikalau anda mengatakan bahawa 20 & 18 Perkara ini "tidak sah dan juga tidak relevan", maka anda juga secara langsung mengatakan bahawa Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di Kota London juga "tidak sah". Maka dengan itu, Persekutuan Malaysia juga akan bermaksud "tidak sah". Jadi, berhati-hati apabila anda membuat kenyataan di media massa. 

Disini, maklumat disediakan untuk pembacaan anda. Sila sebarkan maklumat ini agar perkara-perkara ini difahami oleh semua orang khususnya daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Siapa yang masih merasakan perkara 20/18 perjanjian malaysia hanyalah dimeja rundingan. Ini adalah bukti semuanya termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.








Fakta menarik: Perkara 7: hak untuk keluar dari persekutuan malaysia tiada termaktub dalam perjanjian ini dan hanya diungkit dimeja rundingan sahaja.














0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...