Saturday, 23 August 2014

Program Kesedaran Sabah Merdeka Day

RANAU, 23 Ogos 2014 - Sekumpulan Nasionalis Negara Sabah yang terdiri daripada 38 peserta termasuk seorang kanak daripada sebuah Kumpulan NGO yang bernama Sabah for Sabahan Punya Ranau (SSPR) dari Daerah Ranau telah menjalankan satu Program Kesedaran Sabah Merdeka Day di Pekan Ranau.

Kumpulan Nasionalis ini yang diketuai oleh En.Jalibin Paidi, merupakan seorang bekas Pengetua sekolah di SMK Entilibon, Tongod. Beliau mengatakan bahawa program seumpama ini harus dan mesti dilakukan berterusan setiap tahun agar rakyat Negara Sabah khususnya di daerah Ranau mendapat fakta sejarah yang tepat dan sahih tentang apa yang sebenarnya telah berlaku di Negara Sabah dan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun dahulu sehingga sekarang.

Menurut beliau, keadaan yang berlaku kini di Negara Sabah adalah disebabkan oleh manipulasi kuasa luar dan campur tangan politik daripada malaya secara tidak langsung melalui parti politik UMNO-BN dalam hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negara Sabah. Walaupun pada zahirnya Kerajaan Sabah dipimpim oleh pemimpin tempatan, tetapi secara batinnya ia dikawal oleh kuasa luar iaitu daripada pemimpin-pemimpin malaya. Ini kerana segala apa yang telah berlaku di Negara Sabah harus dan mesti mendapat persetujuan dan peruntukkan daripada kerajaan persekutuan malaysia sedangkan pada asas pembentukkan Persekutuan Malaysia, mana-mana Negara anggota dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran politik anggota.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai sejarah pembentukkan Persekutuan Malaysia, beliau menyatakan perasaan kecewa dan hampa terhadap Kerajaan Negara Sabah dibawah pimpinan Musa Aman  selaku Ketua Menteri Sabah kerana tidak jujur dalam menyampaikan fakta sejarah Negara Sabah yang sebenar. Kerajaan Negara Sabah juga gagal untuk bertegas dalam mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah telah Merdeka pada 31 Ogos 1963 dan kini sudah mencapai 51 tahun ia berlalu.

Beliau menambah lagi, berlainan pula dengan keadaan yang berlaku di Kerajaan Negara Sarawak yang mana pemimpin tertingginya iaitu Datuk Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak dengan tegas dan yakin mengatakan secara rasmi bahawa Sarawak merupakan satu Wilayah (Negara) yang telah membentuk Persekutuan Malaysia. Tiada istilah "masuk Malaysia" kerana tidak ada apa yang mahu masuk. Ini kerana menurut beliau (Adenan) lagi, sejarah jelas mencatatkan bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh Negara Sarawak, Negara North Borneo (kini Sabah), Negara Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu).

En.Jalibin juga memaklumkan bahawa pengedaran risalah sebanyak 2,000 keping telah berjaya diedarkan kepada orang awam di Pekan Ranau. Aktiviti seumpama ini tidak seharusnya dilakukan hanya pada bulan Ogos tetapi ia perlu berterusan tanpa mengira masa dan waktu.

Sepanjang Program Kesedaran ini dijalankan melalui pengedaran risalah dan penerangan ringkas kepada orang awam, beliau mengatakan bahawa NGO mereka telah mendapat maklumbalas yang positif  daripada orang awam dan mereka menunjukkan minat untuk membacanya serta ia telah menjadi topik perbualan yang hangat dikalangan masyarakat Pekan Ranau.

Apabila beliau diminta untuk memberikan sedikit pandangan mengenai kenyataan baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Datuk Masidi Manjun yang merupakan salah seorang pemimpin daripada UMNO-BN DUN Keranaan tentang isu "Melayu", beliau mengatakan bahawa ia sangat tidak bersetuju dan membantah akan kenyataan itu sebulat-bulatnya. Menurut beliau, Dusun adalah Dusun dan Melayu adalah Melayu. Perkara ini sangat jelas melalui Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 160 yang menyatakan bahawa "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

Beliau juga menasihati Datuk Masidi Manjun untuk pertahankan hak Orang Asal dengan memperjuangkannya didalam parti naungan khususnya di Ranau dan bukan meracuni pemikiran etnik Dusun semata-mata untuk memperluaskan penerimaan agenda politik malaya melalui UMNO agar mudah diterima. Ini kerana ia suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku.

Laporan berita ini disampaikan oleh Pihak Media EksMerd.

Related Posts:

  • Program Kesedaran Sabah Merdeka Day RANAU, 23 Ogos 2014 - Sekumpulan Nasionalis Negara Sabah yang terdiri daripada 38 peserta termasuk seorang kanak daripada sebuah Kumpulan NGO yang bernama Sabah for Sabahan Punya Ranau (SSPR) dari Daerah Ranau telah menjal… Read More
  • Ekspedisi Sabah Merdeka Day Bermula Kota Kinabalu, 26 Ogos 2014 - Satu mesyuarat terakhir daripada Core Committee Sabah Merdeka Day yang ditaja oleh Borneo Heritage Foundation (BHF) telah memutuskan bahawa akan terdapat satu Program Ekspedisi Sabah Merdeka D… Read More
  • Hari Kedua Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk Sabah, 28 Ogos 2014 - Program Ekspedisi Sabah Merdeka Day kini sudah memasuki Hari Kedua dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu Sabah. Dua buah kumpulan baru Ekspedisi Sabah Merdeka Day daripada daerah Kota Marudu dan… Read More
  • Hari Ketiga Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk Tuaran, 29 Ogos 2014 - Program Ekspedisi Sabah Merdeka Day ini yang sudah memasuki Hari Ketiga telah menemukan kedua-dua Kumpulan Ekspedisi dari Kudat dan Ranau di Restoran Singgah Singarung, Tuaran yang menjadi tempat per… Read More

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...