1976-1985
Kekukuhan Sabah selama itu adalah dibawah pimpinan Harris Salleh. UMNO yang mempimpin Barisan Nasional telah berpuashati dengan wujudnya hubungan antara Sabah dan KL. Haris telah bersedia untuk mengekalkan hubungan itu asalkan jawatan beliau terjamin.
Hubungan secara peribadi ganjaran kepada hubungan erat, Berjaya telah mendapat sokongan kewangan serta perlindungan politik daripada Kuala Lumpur. Pada pilihanraya 1981, hampir kesemua barisan pembangkang Sabah yang lebih cenderung kepada Sabah (Pro-Sabah) telah dikalahkan. Kerusi Parlimen di Sabah telah dimenangi oleh Barisan Nasional.
Akibat terlalu banyak terhutang budi kepada pimpinan UMNO, Harris telah terperangkap dengan menyerahkan kebanyakan hak-hak negeri (seperti ramai pegawai-pegawai daripada semenanjung) dan perkara-perkara seperti Borneonisasi, melonggarkan kuasa Imigresen dengan alasan pengwujudan intigrasi nasional, penyerahan Pulau Labuan dan sebagainya. KL sanggup "Timbul Tenggelam" dengan Berjaya sebagai satu jaminan.
Setelah Berjaya ditumpaskan, Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO telah jelas kelihatan untuk memberi sokongan kepada Berjaya-USNO untuk menghancurkan Kerajaan PBS. Berbagai-bagai taktik serta sumbangan pemimpin-pemimpin KL kepada parti-parti pembangkang di Sabah untuk melemahkan Kerajaan PBS.
Selepas pilihanraya umum tahun 1985, ianya jelas mahathir telah menafikan pengesahan Ketua Menteri sebenar di Sabah dengan sifat KL yang tidak merestui Kerajaan PBS pada masa itu. Walaupun rampasan kuasa oleh Tun Mustapha telah berlaku di Istana, mengiktirafkan kemenangan Datuk Pairin sebagai Ketua Menteri yang Sah.
Selepas pilihan raya 1986, KL telah sedar bahawa PBS adalah sebuah parti yang sangat digemari oleh majoriti pengundi di Sabah. Jika terdapat sebarang rancangan untuk menumbangkannya adalah hampa dan tidak berkesan. PBS telah diterima masuk dalam Barisan Nasional bersama-sama dengan USNO. Kemasukan USNO dalam BN adalah sebagai alat untuk mengawasi keikhlasan serta kejujuran PBS. Di samping itu pula, Datuk Pairin juga masih kurang terkenal di kalangan orang-orang besar UMNO.
UMNO yang memimpin BN telah banyak meragui kerajaan yang dipimpin oleh orang bukan Islam kerana khuatir Sabah akan terlepas daripada genggaman. Oleh itu, terpaksalah UMNO menguatkan gerakannya untuk keseluruhan dalam pandangan politik negara. Setiap gerakan yang dilakukan oleh PBS telah diawasi dan ditimbangkan mengikut kesesuaian serta kehendak UMNO dan BN.
Setelah mengetahui kekuatan PBS adalah sokongan kuat daripada rakyat, maka berbagai-bagai taktik telah digunakan untuk mencemarkan PBS serta pemimpin-pemimpinnya; pemimpin-pemimpin PBS adalah rasuah, PBS anti-Islam dan anti Persekutuan, PBS hanya mementingkan orang-orang Kadazan/Dusun. Segala rayuan PBS kepada Kerajaan Persekutuan telah diketepikan. Manakala USNO sebagai pembangkang telah diberi layanan untuk memalukan Kerajaan PBS.
UMNO terpaksa mencari jalan untuk mengawal politik Sabah. Dengan kemenangan PBS, peluang itu tipis. Walau bagaimanapun, KL terus menganiaya/mengancam pemimpin-pemimpin PBS dengan menggunakan ACA dan IRD dengan harapan tindakan tersebut dapat melemahkan PBS dan PBS akan tunduk kepada KL.
Peristiwa Selepas PBS Keluar Dari BN
Keputusan PBS untuk keluar daripada BN telah menambahkan lagi kemarahan Kerajaan Persekutuan dengan merancang lebih banyak penganiayaan kepada Kerajaan PBS dan pemimpin-pemimpinnya.
Cubaan untuk melemahkan Kerajaan PBS telah menimbulkan beberapa peristiwa seperti berikut:
Sebagai percubaan untuk mengkhianati imej Kerajaan negeri dikalangan umum, Kerajaan Persekutuan mengumumkan bahawa ianya akan mengkaji tentang penyaluran peruntukan pembangunan kepada Negeri Sabah. Ini adalah disebabkan Kerajaan Negeri Sabah telah diterajui oleh parti pembangkang. Sikap serta tindakan Kerajaan Persekutuan telah jelas kelihatan bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan.
Tindakan tersebut telah melibatkan kerajaan Persekutuan secara langsung untuk campurtangan dalam hak istimewa Kerajaan Negeri seperti Perhutanan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) salah satu syarat Sabah untuk menubuhkan Malaysia.
Untuk menyeksa Kerajaan Negeri, Timbalan Perdanan Menteri, Encik Ghafar Bapa telah mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan menjadi penjamin kepada Negeri Sabah untuk mendapatkan pinjaman dari Luar negeri.
0 comments :
Post a Comment